Taman Negara Pahang 27 - 29 Mac 2009 C




Pada 27 hingga 29 Mac 2009, aku bersama 2 orang awek telah ke Taman Negara Pahang. Hehehe. Kos dia dalam RM 450 sekepala (aku ada 3 kepala dimana 1 kepala betul dan 2 kepala lutut). Pakej RM 450 tu untuk penginapan bilik berhawa dingin di Rainforest Resort serta 4 aktiviti.

Aktiviti pertama adalah pada petang 27 Mac - naik bot, perjalanan 1 km merentas kampung orang asli kaum Bateq serta jelajah gua telinga yang sempit, rendah, curam, licin, berair serta banyak kelawar dan najisnya penuh di lantai gua).

Aktiviti kedua adalah pada malam 27 Mac - naik bot, berjalan di dalam hutan pada malam hari yang gelap gelita (night walking) dimana hanya gigi aje yang nampak itu pun kalau gigi korang putih melepak sambil menyuluh apa yang patut (kena bawak lampu suluh la, kalau tak nak suluh dengan apenya), macam-macam yang kami nampak bergantung kepada nasib badan, malam tu kami nampak serangga, burung dan landak aje, tak ketinggalan dah pasti aku suluh aweks ler ape lagi, dan pergi je satu menara pelantar melihat binatang.

Aktiviti ketiga adalah pada pagi 28 Mac - naik bot, berjalan di atas jambatan gantung (sky walk) yang tinggi dan panjang, anda boleh pegang pucuk pokok dan bergoyang-goyang di atas sana, bagi yang gayat dan sakit jantung tu baik tak payah tambah lagi naik skywalk sama dengan pelancung mat salleh, berat mat salleh tu akan menyebabkan skywalk tu bergoncang macam ada gempa bumi kat skywalk tu. hehehe. lepas tu mendaki bukit bukit terisek yang setinggi 450 meter, peluh aku keluar dengan banyaknya mengikut sejarah hidup aku, bayangkan betapa penatnya mendaki dan bau badan masyarakat tak boleh bayang, nasib baik aweks yang ikut aku tu tak perasan sebab aku asyik sembur minyak wangi aje kat badan.

Aktiviti keempat adalah pada petang 28 Mac - naik bot laju dan dengan lajunya, lepas tu bot tu akan buat coner baring ngan bot tu, lepas tu dia akan pancutkan air sungai ke muka korang sampai korang lemas dalam bot, dari mula aku naik bot sampai habis aku menjerit sambil tutup mulut dan lobang hidung takut dimasuki air sungai, sampai kat satu tempat bot tu berenti dan korang boleh mandi manda bersama, tu yang best nya, mandi sama ngan aweks, aku mandi sikit aje, teropong ape yang patut aje lebih. hehehehe. best oooo. skodeng.

Malam 28 Mac aktiviti bebas - aku bersama 2 orang aweks tu duduk melepak tepi sungai di kuala tahan tu nengok suasa, ada bot lalu lalang, ada students uitm jugak, aku tak tahu ape benda di orang buat ler, ada sekumpulan pelajar buat unggun api dan menyanyi dengan suara sumbang mereka, tengah malam kita orang pun balik bilik tidur.

Pagi 29 Mac kita orang pun balik - naik bot dari kuala tahan ke kuala tembeling (2 jam). kalau mudik tu 3 jam.

Taman Negara Pahang 27 - 29 Mac 2009 B



Taman Negara Pahang 27 - 29 Mac 2009 A